NPM : 55413733
Ilmu
Sosial Dasar Tentang Permasalahan Di Masyarakat
Menurut Soerjono Soekanto masalah
sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau
masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Jika terjadi bentrokan
antara unsur-unsur yang ada dapat menimbulkan gangguan hubungan sosial seperti
kegoyahan dalam kehidupan kelompok atau masyarakat.
Masalah
sosial muncul akibat terjadinya perbedaan yang mencolok antara nilai dalam
masyarakat dengan realita yang ada. Adanya masalah sosial dalam masyarakat
sebenarnya adalah tanggung jawab sebuah lembaga yang memiliki kewenangan khusus
seperti tokoh masyarakat, pemerintah, organisasi sosial, musyawarah masyarakat,
dan lain sebagainya.
Masalah sosial dikategorikan menjadi 4 jenis faktor, yaitu:
1. Faktor Ekonomi : Kemiskinan, pengangguran, dll.
2. Faktor Budaya : Perceraian, kenakalan remaja, dll.
3. Faktor Biologis : Penyakit menular, keracunan makanan, dsb.
4. Faktor Psikologis
Masalah sosial dikategorikan menjadi 4 jenis faktor, yaitu:
1. Faktor Ekonomi : Kemiskinan, pengangguran, dll.
2. Faktor Budaya : Perceraian, kenakalan remaja, dll.
3. Faktor Biologis : Penyakit menular, keracunan makanan, dsb.
4. Faktor Psikologis
(Sumber:
“wikipedia.org/”)
Definisi
Banyak
masalah social yang terjadi di masyarakat diantaranya kali ini saya aka
membahas tentang pergaulan bebas yang marak terjadi di sekeliling kita.
Penyebabnya diantaranya yaitu: pergaulan bebas,ketergantungan pada narkoba dan
tidak memunyai iman yang kuat sehingga kita mudah terpengaruh oleh hawa nafsu
kita(godaan syetan).Dan kita sebagai kholifah yang baik harus bias
menjauh-jauhkan dari pelanggaran yang di benci oleh ALLAH SWT.
Faktor-faktor
yang mendorong kita untuk berbuat pergaulan bebas:
1. Tahap Iman yang lemah
Kebanyakan remaja yang
terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan
kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada
menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya
yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah tidak takut dan gentar akan hari
pembalasan di akhirat kelak.
2. Dunia cinta remaja
Di zaman moden ini,
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat
sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan
sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin
berpasangan semakin
memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak
dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti
pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.
3. Pengaruh Media Massa dan
pendedahan bahan lucah
Internet sememangnya
mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet menjadi sangat
berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain. Ini adalah
disebabkan oleh sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara iaitu sukar
disekat, ditapis dan dihalang. Selain itu, bahan-bahan lucah dapat memasuki
negara dengan mudah. Rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyan memaparkan
adengan-adengan seks. Media cetak seperti majalah-majalah berbentuk hiburan
juga member kesan negatif. Banyak majalah memaparkan gambar-gambar artis barat
dan kelakuan dan gaya mereka.
Kesan-kesan dari saya
Pergaulan
di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak
kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat
barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek
kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak
mereka jauh ketinggalan di belakang.
Antara
kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah:
1.
Pembuangan bayi
Remaja
yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii.
Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam
situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan
lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas
awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.
2.
Perceraian dan keruntuhan rumahtangga
Kebanyakan
pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga
adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum
proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan
bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan
mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat
pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia.
3.
Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Cara mangatasi
Memandangkan
masalah ini semakin menular di kalangan remaja,langkah-langkah perlu diambil
untuk menyelesaikan masalah ini.Langkah-langkah yang patut diambil adalah seperti
berikut:
1.
Peranan ibu bapa
Ibu
bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak
harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku
anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok
akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada
penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk
sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas
anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat,
baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu
bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak
mereka.
2.
Peranan pihak sekolah
Pencegahan
pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan seks melalui
ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam
peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk
melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan
pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang
dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan
seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka dari terbabit dalam kegiatan tidak
bermoral seperti pergaulan bebas.
(http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/pergaulan-bebas.html)